Menang Wang Tunai Dan Drone Dengan Yeo's Malaysia 2016

Yeo's Malaysia kini sedang mengadakan Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia 2016 dengan nilai hadiah bernilai sebanyak RM50 000 termasuk wang tunai dan hadiah untuk dimenangi.  

Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's Malaysia 2016

Tempoh Peraduan:

Tempoh Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016 ini bermula daripada 28/7/2016 hingga 9/10/2016.


Hadiah:

Terdapat pelbagai hadiah yang disediakan dalam Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016 kali ini termasuk wang tunai dan drone untuk hadiah utama, wang tunai untuk hadiah pertama, hadiah kedua dan hadiah ketiga. Berserta wang tunai untuk hadiah mingguan selama 9 minggu. 

Menang Wang Tunai Dan Drone Dengan Yeo's Malaysia 2016


Cara Sertai:

Untuk pengetahuan anda semua, Yeo's Malaysia selalunya menerima penghantaran peraduan melalui WeChat. Untuk Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016 kali ini juga, anda perlu menyertainya melalui WeChat dengan 4 langkah mudah.

Contest Malaysia 2016

Langkah 1: Layari akaun rasmi WeChat Yeo's malaysia dan klik "MULA" dan klik "Daftar Peraduan".
Langkah 2 : Hantar bukti pembelian.
Langkah 3: Masukkan nombor resit dan jumlah pembelian (RM) produk Yeogurt/Yeo's.
Langkah 4: Jawab soalan mudah untuk melengkapkan penyertaan.

Terma Dan Syarat:

Untuk terma dan syarat Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016, anda boleh rujuk di sini Terma & Syarat Penyertaan.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, anda boleh kunjungi laman web Yeo's Malaysia.



Tips Sertai Peraduan:

Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016 ini memerlukan anda untuk membeli beberapa produk Yeo's termasuk minuman Yeo's Yogurt, minuman Yeo's, minuman buah-buahan Yeo's, makanan dalam tin dan kicap Yeo's atau Mee Cintan minumum sebanyak RM5.00 dalam satu resit. 

Jika anda rasa anda tidak memerlukan barangan tersebut, saya sarankan untuk tidak membazir beli banyak-banyak kerana Peraduan I Love Malaysia #RentakBahagia Yeo's 2016 ini adalah berdasarkan cabutan. Untuk menggelakkan kekecewaan jika tidak terpilih sebagai pemenang setelah berbelanja, fikir lah sebelum menyertai peraduan yang memerlukan pembelian terlebih dahulu.

Selamat berjaya buat semua #kakikontestMalaysia



No comments

Dah join mana-mana contest? Apa kata komen sikit contest Malaysia mana yang anda join dan menang?

Powered by Blogger.